Takrif Hukum
Maksudnya: Menetap akan sesuatu perkara ke atas sesuatu perkara atau menafikan sesuatu perkara yang tersebut daripadanya.
-Pembahagian Hukum-
(i)- Hukum Syara'
(ii)- Hukum Aqal
(iii)- Hukum Adat
Hukum Syara'.
Hukum syara' ialah hukum yang diterima oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibrail a.s dan ia tertulis di Lauhul-Mahfudz dan di dalam Al-Quran al-Karim. Kata sesetengah ulama pula ialah daripada Lauhul-Hawwi wal-Isbat, kerana terdapat ayat-ayat nasakh di dalam Al-Quran; manakala di Lauhul-Mahfudz tidak ada yang nasakh menurut sesetengah ulama sebab Lauhul-Mahfudz itu terpelihara daripada dihapuskannya.Wallahua'lam.
Firman Allah s.w.t
Maksudnya: Allah s.w.t menghapuskan apa yang Ia kehendaki. Dan Allah s.w.t juga menetapkan apa yang Ia kehendaki. Dan di sisi-Nya lah (Lauhul Hawwi Wal Itsbat).
Takrif Hukum Syara'
Maksudnya: Perintah Allah s.w.t yang berhubung dengan perbuatan mukallaf, atas perkara yang dituntut (berbuat serta meninggalkannya) atau diharuskan atasnya, atau diletakkan hukum keduanya itu (oleh para Mujtahid).
Oleh itu maka perintah tersebut di atas terbahagi kepada dua bahagian. Pertama dinamakan Hukum Taklifi; ertinya yang dibebankan. Keduanya dinamakan Hukum Wadh'ie, ertinya yang diletakkan atau dipadankan.
Pengertian Tentang Hukum Taklifi.
Hukum Taklifi maksudnya hukum asal yang ditetapkan oleh Allah s.w.t melalui nas yang Qath'i maksudnya putus, yang diberikan istilah seperti:
Wajib- maksudnya sesuatu tuntutan yang Qath'i. Diberikan ganjaran pahala jika dilaksanakan, dan berdosa jika tidak dilaksanakan; seperti diwajibkan solat lima waktu sehari semalam.
Sunat-maksudnya sesuatu tuntutan yang tidak Qath'i. Diberikan ganjaran pahala jika dilaksanakan, dsn tidak berdosa jika ditinggalkan; seperti disunatkan solat gerhana.
Makruh-maksudnya sesuatu tuntutan meninggalkan yang tidak Qath'i. Diberikan ganjaran jika ditinggalkan, dan tidak berdosa jika dilakukannya; seperti menggunakan air secara berlebihan semasa berwuduk.
Harus- maksudnya sesuatu yang tidak disuruh dan tidak pula dilarang. Diberikan ganjaran pahala jika dilakukan mengikut panduan syariat dan kerana Allah s.w.t; seperti harus mendahulukan zakat sebelum haulnya( sampai masanya).
diterbitkan oleh:
AZAA Maju Enterprise No.26, Jalan.IM2, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan Pahang Darul Makmur.
Tel:/Fex:018-2767827
Azaamaju@gmail.com