HomeBlogAbout Me
waktu di bawah adalah untuk Negeri Pahang..daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan yang sewaktu dengannya. Info solat negeri lain sila rujuk pada web berkenaan.
Tags: hukum

Islam

Hukum
Islam - Hukum
Selepas mengetahui beberapa perkara penting mengenai Makrifat tehadap Allah s.w.t seperti yang disebutkan sebelum ini, maka hendaklah kita mengetahui juga mengenai kedudukan hukum dalam syariat Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia; kerana tujuan Allah s.w.t menjadikan manusia selain mengenal-Nya, ialah untuk mengabdikan diri terhadap-Nya melalui syariat yang diturunkan. Dan dengan syariat itulah sebenarnya akan tercapai tujuan hidup sesuai dengan fitrah manusia yang ingin kepada kesudahan yang baik dan mulia sama ada di dunia mahupun di akhirat.


Takrif Hukum
Maksudnya: Menetap akan sesuatu perkara ke atas sesuatu perkara atau menafikan sesuatu perkara yang tersebut daripadanya.
-Pembahagian Hukum-
(i)- Hukum Syara'
(ii)- Hukum Aqal
(iii)- Hukum Adat


Hukum Syara'.
Hukum syara' ialah hukum yang diterima oleh Rasulullah s.a.w daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibrail a.s dan ia tertulis di Lauhul-Mahfudz dan di dalam Al-Quran al-Karim. Kata sesetengah ulama pula ialah daripada Lauhul-Hawwi wal-Isbat, kerana terdapat ayat-ayat nasakh di dalam Al-Quran; manakala di Lauhul-Mahfudz tidak ada yang nasakh menurut sesetengah ulama sebab Lauhul-Mahfudz itu terpelihara daripada dihapuskannya.Wallahua'lam.

Firman Allah s.w.t
Maksudnya: Allah s.w.t menghapuskan apa yang Ia kehendaki. Dan Allah s.w.t juga menetapkan apa yang Ia kehendaki. Dan di sisi-Nya lah (Lauhul Hawwi Wal Itsbat).


Takrif Hukum Syara'
Maksudnya: Perintah Allah s.w.t yang berhubung dengan perbuatan mukallaf, atas perkara yang dituntut (berbuat serta meninggalkannya) atau diharuskan atasnya, atau diletakkan hukum keduanya itu (oleh para Mujtahid).

Oleh itu maka perintah tersebut di atas terbahagi kepada dua bahagian. Pertama dinamakan Hukum Taklifi; ertinya yang dibebankan. Keduanya dinamakan Hukum Wadh'ie, ertinya yang diletakkan atau dipadankan.


Pengertian Tentang Hukum Taklifi.
Hukum Taklifi maksudnya hukum asal yang ditetapkan oleh Allah s.w.t melalui nas yang Qath'i maksudnya putus, yang diberikan istilah seperti:


Wajib- maksudnya sesuatu tuntutan yang Qath'i. Diberikan ganjaran pahala jika dilaksanakan, dan berdosa jika tidak dilaksanakan; seperti diwajibkan solat lima waktu sehari semalam.
Sunat-maksudnya sesuatu tuntutan yang tidak Qath'i. Diberikan ganjaran pahala jika dilaksanakan, dsn tidak berdosa jika ditinggalkan; seperti disunatkan solat gerhana.
Makruh-maksudnya sesuatu tuntutan meninggalkan yang tidak Qath'i. Diberikan ganjaran jika ditinggalkan, dan tidak berdosa jika dilakukannya; seperti menggunakan air secara berlebihan semasa berwuduk.
Harus- maksudnya sesuatu yang tidak disuruh dan tidak pula dilarang. Diberikan ganjaran pahala jika dilakukan mengikut panduan syariat dan kerana Allah s.w.t; seperti harus mendahulukan zakat sebelum haulnya( sampai masanya).


usul_al_tahqiq


diterbitkan oleh:
AZAA Maju Enterprise No.26, Jalan.IM2, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan Pahang Darul Makmur.
Tel:/Fex:018-2767827
Azaamaju@gmail.com

Back to posts
This post has no comments - be the first one!

UNDER MAINTENANCE

Cepat Sebelum Terlewat
Perhatian!!-> Jika ada link atau iklan dibawah ini berupa link lucah harap jangan diCLICK. Itu bukan dari post saya. Harap maklum.

XtGem Forum catalog