Ring ring
HomeBlogAbout Me
waktu di bawah adalah untuk Negeri Pahang..daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan yang sewaktu dengannya. Info solat negeri lain sila rujuk pada web berkenaan.
Tags: Islam, islam2

Islam2

Hukum2
Islam2 - Hukum2

Pengertian Tentang Hukum Wadh'ie واضعي


Hukum wadh'ie واضعيmaksudnyahukum yang diletakkan atau dipadankan oleh para ulama mujtahid, setelah dikaitkan dengan hukum Taklifi di atas melalui nas yang Qath'i. Oleh yang demikian maka hukum wadh'i itu sifatnya berubah-rubah, kerana sesuatu yang wajib boleh bertukar menjadi sunat atau haram atau makruh atau harus melalui ijtihad para ulama mujtahid yang mu'tabar dikenali di atas asas-asas yang berikut:
Sebab- maksudnya sesuatu yang lazim ada sebab, maka ada musabbab hukum seperti gelincir matahari dijadikan sebab bagi musabbabnya, iaitu wajib solat Zuhur.
Syarat- maksudnya jika tidak memenuhi syarat, maka tiadalah masyruthnya (hukum)seperti milik yang sempurna bagi sesuatu barangan yang wajib zakat.
Mani'- maksudnya apabila wujud mani' maka tidak wujud hukum, seperti perempuan yang ada haid, ialah mani' penghalang bagi hukum wajib solat ke atasnya.
Sah- maksudnya sesuatu yang bergantung kepadanya kesempurnaan setiap amalan seperti, wujudnya sebab, tiada mani', sempurna syaratnya, maka hukumnya adalah sah.
Batal- maksudnya sesuatu amalan yang tidak wujud sebab. Mempunyai mani', tidak memenuhi syarat, maka hukumya adalah batal.
Back to posts
This post has no comments - be the first one!

UNDER MAINTENANCE

Cepat Sebelum Terlewat
Perhatian!!-> Jika ada link atau iklan dibawah ini berupa link lucah harap jangan diCLICK. Itu bukan dari post saya. Harap maklum.