HomeBlogAbout Me
waktu di bawah adalah untuk Negeri Pahang..daerah Kuantan, Pekan, Rompin dan yang sewaktu dengannya. Info solat negeri lain sila rujuk pada web berkenaan.
Tags: solat

Solat

Kata-kata Penulis
Solat - Solat
Pembaca yang dikasihi, Semua kita telah mengetahui bahawa tujuan utama kita diciptakan oleh Allah s.w.t di atas muka bumi ini adalah untuk beribadat kepada-Nya ini sebagaimana dijelaskan sendiri oleh Allah di dalam Kitab-Nya:


Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengamalkan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhan-Nya.
-Al-Kahfi- 110-


Menurut imam Ibn Katsir: Maksud ayat di atas ialah barangsiapa yang ingin menemui Tuhan-Nya untuk menerima ganjaran pahala amalannya ketika di dunia maka ia mestilah memenuhi dua syarat:
1-Melakukan amal yang soleh.
2-Tidak mempersekutukan Tuhan-Nya dalam beribadat.
Yang dimaksudkan " melakukan amal yang soleh" ialah melakukan amalan dengan cara yang paling betul.
Sedangkan yang dimaksudkan "tidak mempersukutukan Tuhan-Nya dalam beribadat" ialah melakukan dengan hati yang ikhlas.


Selaku umat Nabi Muhammad s.a.w kita mestilah yakin bahawa cara beramal atau beribadat yang paling penting betul hanyalah cara Nabi Muhammad s.a.w dan tidak ada cara beribadah yang lebih betul daripada cara beliau. Hakikatnya ini diperjelaskan lagi oleh beliau dalam beberapa hadisnya.
Baginda Rasul s.a.w bersabda:
Bersolatlah kamu sebagaimana kamu melihat ( cara ) aku bersolat.
-HR Imam Bukhari-


Barangsiapa yang mengada-adakan dalam urusan (agama) kami ini sesuatu yang tidak datang daripada kami, maka amalannya itu ditolak (tidak diterima).
-HR Bukhari dan Muslim-


Dari dua hadis sahih di atas dapat diambil kesimpulan:


1-Kita disuruh agar melakukan salat sebaimana cara salat Rasulullah s.a.w.
2-Jika amalan yang kita lakukan itu tidak dilakukan sebagaimana yang telah digariskannya maka amalan kita ditolak (tidak diterima).


Jadi agar kewajiban ibadah salat kita dapat dilakukan dengan sempurna maka mencari ilmu tentang bagaimana cara salat Rasulullah s.a.w adalah menjadi suatu kemestian. Saya tidak setuju dengan dakwaan sesetengah orang kononnya mustahil atau tidak mungkin kita mengetahui cara salat Rasulullah s.a.w. Mereka berkata: Bagaimana kita boleh melihat cara beliau salat sedangkan beliau telah wafat 15 abad yang lalu?


Bagi mereka yang rajin mengkaji kitab-kitab hadis dan kitab-kitab feqah sungguh jelas dipaparkan tentang cara salat Rasulullah s.a.w. dan pandangan para ulama Hadis dan Feqah zaman silam. Kita sebenarnya sangat digalakkan untuk beramalkan berdasarkan ilmu. Dan mencapai derajat itu kita hendaklah berusaha mengetahui dalil atau hujjah seberapa yang kita termampu.


Dalam kitab kecil ini saya berusaha untuk membawa dalil bagi tiap-tiap amalan dalam salat sejak Takbiratul Ihram hingga Salam serta beberapa pandangan para Fuqaha sebagai bahan perbandingan. Kita hendaklah cenderung kepada pandangan yang disertai dalil yang kukuh tanpa mengira siapakah yang mengatakannya dan jangan terlalu fanatiklah kepada hujjah yang paling kuat semoga usaha kecil ini dapat membantu mereka yang ingin mencari kebenaran dan selanjutnya menjadi amal saleh untuk penyusunnya, amin.


Sebenarnya banyak lagi persoalan salat yang belum diperkatakan dalam buku ini seperti tentang fadhilat salat berjemaah, masbuq, sutrah, syarat menjadi imam, salat musafir, jama' dan qasar', jama' hakiki dan jama' shury, qunut, salat-salat sunat, salat ketika sakit, qadha salat dan lain-lain lagi. Insya Allah, saya akan tambahkan selok-belok salat tersebut dalam cetakan akan datang.


Saya tidak lupa mengucapkan terima kasih banyak kepada semua pihak yang telah membantu sehingga buku ini dapat diterbitkan dan selanjutnya dengan kerendahan hati mengharapkan teguran membina dan pembaca jika terdapat kekurangan atau kesilapan.


Kuala Lumpur, Syawwal 1419 H/ January 1999 M
Dr. Abdullah Yasin.

aieman2u

Diterbitkan oleh:FURQAN ENTERPRISE Lot 108 Jalan 17/141 Kg.Malaysia Tambahan Sg.Besi 57100 Kuala Lumpur. © Abdullah Yasin Cetakan Pertama 1999


Kaedah membaca surah Al-Fatihah


Back to posts
Comments:
[2016-04-21 12:52:35] Ain :

Ada ambil order ?

[2016-04-21 12:54:14] Aieman :

Boleh hubungi penerbit. Inn syaa Allah.

[2016-05-06 22:03:42] aieman2u :

Herm..

[2016-06-18 09:39:21] aieman2u :

Asmkm dan selamat pagi. Jika browser phone anda tak dapat paparkan page dan media yang ada ..anda boleh cuba install browser di bawah ini. Moga bermanfaat.
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opera.browser&hl=en


Post a comment

Cepat Sebelum Terlewat
Perhatian!!-> Jika ada link atau iklan dibawah ini berupa link lucah harap jangan diCLICK. Itu bukan dari post saya. Harap maklum.